Bismillahhirrahmanirrahim
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Ya Allah,
Engkaulah yang Maha Agung, yang telah mencipta qadha' & qadar ini. Kami pohon restu & keredhaanMu, jadikanlah ikatan ini selamanya diberkati olehMu agar sentiasa dilimpahi dengan keimanan & kasih sayangMu. Peliharalah ia semoga ianya akan berkekalan dengan rahmat & cahaya kasihMu di dunia ini & di akhirat nanti... serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah.
Ya Allah,
Satukanlah hati kedua-dua hambaMu ini sepertimana Engkau satukan hati Adam & Hawa, Yusuf & Zulaikha & seperti Engkau satukan hati Muhammad S.A.W. & Siti Khadijah...
Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat & menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemeseraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkanlah hati ini dengna cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentangMu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa." (Al-Furqan:74)
Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami ini.
Amin...