Alhamdulillahillazi hadaana lihaaza wama kunna linahtadiya lawlaa an hadaanallah
Rabbi yassir wala tuassir ya karim..Rabbana taqabbal minna du'a ana..innaka anta sami'ul 'alim.wa tub'alaina innaka anta tawwaburrahim…
Segala puji hanya bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang maha pengasih lagi maha penyayang. Mengizinkan hari-hari yang berlalu dalam hidup kita dengan rasa nikmat yang tak pernah putus.nikmat yang utama,pastinya nikmat iman.sama-samalah kita pelihara iman yang Allah berikan.sesungguhnya penyusunan Allah dalam setiap hal juga merupakan satu nikmat dan punyai hikmah yang kita sendiri tidak tahu.
baitul muslim,yang diredhai Allah harapan setiap muslimin dan muslimat.
Pernikahan adalah suatu hal yang suci. Sangat besar kemuliaannya dan sangat tinggi kedudukannya dalam Islam, sehingga Al-Qur’an menyebutnya sebagai mitsaqan-ghaliza (perjanjian yang sangat berat). Istilah ini tidak pernah dipakai dalam Al-Qur’an, kecuali hanya untuk tiga peristiwa.
Rasulullah SAW juga mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
insyaAllah, dengan keizinan dariNya, kami dengan rasa rendah hati mewakili keluarga kami ingin menjemput sahabat dan sahibah, teman-teman sepengajian dan rakan-rakan yang mengenali diri kami ke majlis kesyukuran walimatul'urus.insyaAllah, untuk maklumat lanjut bolehlah rujuk di link sebelah.
Semoga dengan doa restu dan kehadiran kalian semua akan menyerikan lagi majlis kami,serta mendapat keredhaan Allah swt.Ameen.
"baitul muslim yang soleh adalah unit asas pembangunan umat islam yang sempurna.."
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum...